Tuesday, December 17, 2013

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGUNAAN AIR

Kegunaan tempatan bekalan air adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut :

a)                 Saiz masyarakat/ komuniti adalah dipengaruhi oleh kewujudan industri dan institusi lain yang akan menambahkan penggunaan per kapita . Bagi komuniti yang kecil, penggunaan hanya terhad kepada tujuan domestik sahaja. Dalam masa yang sama taraf sosio ekonomi pengguna juga mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.
b)                 Jenis industri dan komersial yang dijalankan memberi kesan langsung kepada kuantiti air yang digunakan.
c)                  Kualiti air yang meningkat akan menggalakkan penggunaan yang bertambah. Kos dan polisi pemasangan meter air yang mahal akan menyebabkan penggunanya menjadi lebih jimat.
d)                 Tekanan air dalam sistem paip agihan yang tinggi menggalakkan penggunaannya lebih banyak dan kadang kala berlakunya pembaziran.
e)                 Keadaan iklim yang panas menyebabkan air lebih banyak digunakan untuk menyucikan diri dari pada keadaan yang sejuk.
f)                    Kesedaran masyarakat pengguna yang dapat mengurangkan dan mencegah berlakunya pembaziran.
g)                 Kemudahan sanitari iaitu dengan adanya penggunaan tandas berpam menyebabkan penggunaan meningkat.


0 comments:

Post a Comment