Sunday, December 15, 2013

PENCEMARAN AIR



PENCEMARAN AIR


Pengenalan

Pencemaran mengikut definisi bermaksud: "Untuk merosakkan atau tidak bersih atau kotor." Pencemaran air berlaku apabila sumber air dicemari berikutan sejumlah besar bahan tertentu bercampur dalam air. Apabila air dirasakan tidak sesuai untuk digunakan manusia, maka ia akan didefinisikan sebagai pencemaran air.
Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan dari kilang, kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada mencemarkan sumber air utama.
Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Selain itu, tanah dan air dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia (contohnya racun serangga di ladang) yang dimusnahkan dengan tidak betul juga merupakan pencemaran dari sumber tidak terus.



CIRI-CIRI PENCEMARAN YANG BERLAKU DALAM AIR

Bahan toksik
·         Terdapat 11 jenis bahan yang dikategorikan sebagai bahan toksik iaitu arsenic (As), kadmium (Cd), sianida (Cn), kromium (Cr), raksa (Bg), nikel (Ni), plumbum (Pb), antimony (Sb), selenium (Se), racun serangga (pesticides) dan polisaiklik aromatic hidrokarbon (PAH).
·         Kehadiran mereka di dalam air adalah berpunca dari latar belakang geologi, tetapi jika dijumpai pada kepekatan yang tinggi ianya berpunca dari bahan buangan industri.
·          Racun serangga (pesticides) dan produk – produk yang berkaitan adalah bahan yang tidak diingini kerana sesetengahnya dikategorikan sebagai bahan karsinogen sintetik.
·         PAH adalah bahan karsinogen sintetik dan merupakan hasil sampingan dari jelaga, tar, ekzos kenderaan dan benzana.


          Bahan Permintaan Oksigen
·         Permintaan Oksigen Biokimia (BOD)  boleh ditakrifkan sebagai jumlah oksigen terlarut di dalam air yang diperlukan untuk pengoksidaan biokimia secara aerobik terhadap bahan organik yang wujud dalam air oleh mikroorganisma tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.
·         Permintaan Oksigen Kimia (COD) ialah oksigen yang diperlukan untuk proses pengoksidaan bahan organik secara kimia kepada karbon dioksida dan air
·         Bahan-bahan yang biasa dibuang ke dalam sistem air bersih adalah terdiri dari bahan-bahan organik,kumbahan perbandaran,air sisa industri dan air sisa pertanian.
·         Sesetengah bahan buanagan ini kaya dengan bahan-bahan organik dan ianya akan mengurai dengan adanya oksigen melalui aktiviti bakteria dan ini boleh menjejaskan paras oksigen terlarut (DO) di dalam air.
·         Pengurangan DO di dalam air akan menyebabkan bakteria anaerobik yang boleh mengurai bahan-bahanorganik tanpa oksigen  mengambil alih.
·         Hasil akhir dan aktiviti bacteria adalah hidrogen sulfide  (H²S),metana (CH)dan ammonia(NH³).
·         Hasil akhir ini adalah toksik kepada kebanyakan organisma dan juga menyebabkan hidupan akuatik di dalam air akan termusnah.

Bahan terampai tak larut
·         Bahan ini juga dikenali sebagai pepejal terampai (suspended solids – SS) dan kehadirannya boleh menyebabkan kekeruhan.
·         Pepejal terampai terdiri daripada partikel organik dan bukan organik yang bersaiz lebih daripada 0.001mm.
·         Ia mengandungi sisa makanan dan mempunyai kandungan bacteria patogen serta mikroorganisma yang tinggi.
·         Bakteria, protozoa, alga dan sebagainya adalah zarah organic bagi air permukaan manakala pepejal bagi zarah tak organik pula terdiri daripada tanah liat, kelodak, dan sebagainya.
·         Pepejal terampai boleh wujud dalam separa pepejal yang mudah terurai dan sebahagiannya akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
·         Sesetengah pepejal terampai menjadi tempat pelekatan bagi hidupan seni yang mungkin merbahaya.
·         Kehadiran pepejal terampai juga akan menyebabkan cahaya matahari terhalang untuk terus masuk ke dalam sungai.
·         Pepejal terampai juga mengurangkan keupayaan sesetengah organisma untuk mencari makanan malahan turut membekalkan petisid dan bahan cemar yang lain.
·         Pepejal terampai penting dalam menentukan nilai kualiti air.
·         Kandungan pepejal terampai yang tinggi menyebabkan sungai tercemar teruk.
·         Ujian kandungan pepejal terampai dijalankan bertujuan untuk menentukan kandungan pepejal terampai yang berada dalam sesuatu air sampel.
·         SS boleh mengurangkan keupayaan mikroorganisma mendapatkan bekalan makanan dan juga boleh menyebabkan kekeruhan.
·         Di dalam proses rawatan air, SS boleh melindungi mikroorganisma dari tindak balas proses pembasmian kuman dan ini merupakan satu petunjuk kepada ketidaksempurnaan proses rawatan air bersih.

·         SS boleh disingkirkan melalui proses penggumpulan (menggunakan alum), penurasan dan pemendapan, dan jika pada kepekatan yang tinggi akan menyebabkan loji rawatan tidak berfungsi.

0 comments:

Post a Comment