PENYUSUPAN
PENGENALAN PENYUSUPAN
Penyusupan boleh ditakrifkan sebagai penyusupan air
ke dalam sistem pembetungan. Penyusupan air lebih kepada air bumi yang meresap
masuk ke dalam sistem pembetungan. Lokasi kemasukan air biasanya terletak pada
keretakan paip pembetung, kebocoran dalam sambungan paip pembetung dan dinding
lurang. Pada amnya, penyusupan banyak bergantung kepada ketinggian aras air
bumi. Apabila aras air bumi lebih tinggi daripada kedalaman paip pembetung,
penyusupan pasti akan berlaku. Pertambahan aras air bumi akan berlaku apabila
hujan turun. Dengan itu, kadar penyusupan akan meningkat dengan ketara pada
musim hujan berbanding dengan musim kering.
SEBAB-SEBAB BERLAKU PENYUSUPAN
Selalunya disebabkan oleh kemasukan air
bumi melalui sambungan yang kurang baik
Dilakukan oleh pihak kontraktor yang
tidak memasang gasket dengan betul atau berlaku kepada sambungan berbentuk ‘Y’
dan ‘T’
Disebabkan oleh penyusupan air bumi yang
tinggi :-
v Meningkatkan
kos mengepam
Kos
dapat dikurangkan sekiranya kadar penyusupan dapat dikurangkan melalui :-
Merekabentuk
Membina
Menyenggara
Sistem
pembetungan dengan betul.
KAKISAN
DALAM PAIP BETUNG
Sebab – sebab
berlakunya kakisan:-
Keadaan anaerobik yang berlaku di dalam
paip betung akan membentuk asid-asid organik dan ini boleh menurunkan nilai pH
di dalam kumbahan.
Gabungan di antara penurunan sulfat dan
paras pH akan menghasilkan gas hidrogen sulfida (H₂S)
pada ruang yang ada di dalam paip dan akan menjadi wap di puncak paip
Dalam keadaan ini oksigen yang ada akan
digunakan oleh bakteria ‘Tniobacillus’ dan pengoksidaan H₂S
akan menghasilkan asid sulfrik
Bagi paip yang diperbuat dari konkrit,
besi tuang dan keluli, pembentukkan ini boleh menyebabkan kerosakan pada puncak
paip
Ianya akan bertambah teruk sekiranya
paip mempunyai kecerunan yang rendah lalu menghasilkan aliran yang perlahan dan
menyebabkan masa tahanan yang lama dan menjana suhu yang tinggi
Kakisan
boleh dicegah dengan melakukan proses
Pengklorinasi
- Menyediakan
pengalihudara
-Menggunakan
bahan pelapik yang lengai
- Menyediakan
bekalan oksigen yang secukupnya
Pengklorinasi boleh menghentikan
aktiviti biologi buat sementara waktu sahaja
Pengalihudara boleh mengurangkan
peruapan di puncak paip
Mengunakan bahan pelapik yang lengai
boleh menyingkirkan H₂S
Menyediakan bekalan oksigen yang
secukupnya bagi menghalang penurunan sulfat dan pembentukan asid-asid organik
Lazimnya aliran penuh didalam paip
betung yang menyalurkan kumbahan terawat tidak mengalami kakisan
Paip betung yang diperbuat dari VCP
didapati tahan kepada kakisan
Dalam banyak keadaan, paip betung
konkrit bergarispusat melebihi 42 in. (1,070mm) digunakan dan ianya kadangkala
dilapik dengan plastik, jubin tanah liat atau kompaun asfalt
Rajah1
: Mekanisma kakisan dalam paip betung
0 comments:
Post a Comment