Sunday, December 15, 2013

UJIAN-UJIAN MAKMAL AIR SISA


 Ujian-ujian makmal untuk air sisa:

v  Ujian BoD
v  Ujian Do
v  Ujian COD
v  Ujian-ujian pepejal

v  PEPEJAL TERAMPAI
Ø  Pepejal terampai organik mungkin terurai menghasilkan bau serta bahan beracun dimana akan membolehkan hidupan seni yang mungkin berbahaya kepada manusia.
Ø  Pepejal terampai juga merupakan ukuran bahan-bahan yang tidak larut di dalam kumbahan. Semakin tinggi kandungan pepejal terampai, ini menunjukkan kandungan air tersebut semakin tercemar.
Ø  Penentuan pepejal terampai boleh dilakukan dengan melakukan penurasan serta mencari berat zarah yang tertapis di atas kertas turas tersebut :
Ø  Turas sampel air yang diketahui isipadunya melalui kertas turas yang telah dikeringkan dan ditimbang beratnya.
Ø  Kertas turas tersebut perlu dikeringkan pada suhu 103-105°C sehingga kering.
Ø  Perbezaan berat akhir berbanding berat awal kertas turas merupakan nilai pepejal terampai yang hadir dalam sampel air tersebut. 

v  OKSIGEN TERLARUT ( DO ) 
Ø  Oksigen terlarut penting bagi hidupan akuatik termasuklah mikroorganisma dalam air, dimana ia diperlukan untuk pernafasan, proses metabolisme atau pertukaran zat yang kemudian menghasilkan tenaga untuk pertumbuhan dan pembiakan. Manakala, di dalam bekalan air bersih, oksigen terlarut merupakan faktor utama yang menyebabkan air bersifat menghakis dan mengkarat.
Ø  Disamping itu, oksigen juga diperlukan untuk oksidasi bahan-bahan organik dan bukan organik dalam proses aerobik. Pemprosesan oksigen dari udara, bergantung kepada beberapa faktor, seperti kekeruhan air, suhu, pergerakan masa, air dan udara seperti arus, gelombang dan pasang surut.
Ø  Nilai oksigen terlarut juga boleh memberi petunjuk kepada darjah pencemaran sesuatu air kerana semakin rendah nilai oksigen terlarutnya, semakin tercemarlah air tersebut.

v  UJIAN OKSIGEN TERLARUT ( DO )

Ø  Oksigen terlarut ( DO ) ialah parameter yang unik dalam kualiti air.     Keterlarutan oksigen dalam air akan terganggu sekiranya berlaku pencemaran yang disebabkan oleh bahan pencemar utama.
Ø  keterlarutan oksigen dalam air pada tekanan atmosfera biasa adalah rendah; perubahan suhu, tahap kemasinan dan tahap ketepuan air akan menjejaskan tahap keterlarutan oksigen dalam air.
Ø    Kaedah yang digunakan untuk mengambil bacaan ujian Oksigen Terlarut di makmal adalah dengan menggunakan alat DO meter
DSC01219.JPG
·         Alat untuk mengambil bacaan DO

}  PERMINTAAN OKSIGEN BIOKIMIA ( BOD )

  • Keperluan oksigen biokimia ( BOD ) didefinisikan sebagai jumlah oksigen yang diperlukan oleh organisma pada saat pemecahan bahan organik. Pemecahan bahan organik adalah digunakan oleh organisma sebagai bahan makanan dan tenaganya diperoleh daripada proses pengoksidaan
  • Dengan mengetahui nilai ( DO ) sebelum dan selepas eraman, nilai      (BOD) sampel boleh ditentukan. Nilai ( DO ) adalah berkadar songsang dengan nilai ( BOD ), iaitu semakin rendah nilai ( DO ) sampel, maka semakin tinggilah nilai BODnya. Pencairan perlu dilakukan bagi memastikan pada hari kelima masih terdapat nilai  ( DO ) yang boleh diuji.
}  UJIAN PERMINTAAN OKSIGEN BIOKIMIA (BOD)

  •  Ujian BOD adalah bertujuan untuk menentukan jumlah oksigen yang diperlukan untuk bahan organik mereput dengan sempurna secara biologi. Oksigen yang digunakan dalam proses ini dikaitkan dengan jumlah pereputan bahan organik dalam air sisa. Selain itu, ujian ini adalah untuk mengukur tahap pencemaran air sisa secara tidak langsung. Jika pencemaran tinggi, bakteria akan bertindak lebih aktif dan memerlukan oksigen yang banyak untuk mereputkan bahan cemar yang terdapat di dalam air.
}  PROSEDUR KERJA YANG DIJALANKAN UNTUK UJIAN BOD

  1. Contoh sampel air sisa diambil dari kolam.
  2. 4 liter air suling diisi ke dalam botol yang disediakan. Air suling tersebut diudarakan dengan cara menggunakan alat pengudaraan.
  3. Masukkan 4 ml larutan Magnesium Sulfat, Buffer Fosfat, Ferum (II) Klorida, dan Kalsium Klorida ke dalam 4 liter air suling yang sedang diudarakan tadi.
  4. Lakukan pencairan mengikut tahap pencemaran, ambil air sisa yang telah dineutralkan sebanyak 100 ml dan campurkan dengan 900 ml air suling yang telah diudarakan selama 2 jam. Gunakan silinder penyukat 1000 ml untuk melakukan pencairan. Perlu diingatkan, isipadu air sisa yang telah dicairkan mestilah melebihi 300 ml supaya mencukupi untuk memenuhkan botol BOD nanti.
  5. Penuhkan botol BOD dengan air sisa yang telah dicairkan dan ambil DO awalnya dengan menggunakan DO meter  untuk bacaan hari 0
  6. Tutup rapat botol BOD sehingga tiada gelembung udara tidak kelihatan dan simpan dalam peti sejuk pada suhu 20°C selama 5 hari.
  7. Ambil bacaan DO untuk pengeraman selama 5 hari. Dapatkan perbezaan antara DO tersebut dan didarabkan dengan pencairan memberikan nilai BOD bagi contoh sampel tersebut.
} 

}  UJIAN COD

  • COD atau keperluan oksigen kimia adalah untuk menentukan oksigen yang diperlukan bagi mengoksida bahan-bahan organik.
  • Nilai COD lebih tinggi dari nilai BOD₅.
  • Untuk menentukan nilai COD, sampel akan dicampur dengan asid sulfurit pekat, kalium dikromat bersama argentums sulfat sebagai mangkin 

3 comments:

  1. procedur untuk COD? dan boleh saya tahu prosedur untuk analisa air sisa yang mengandungi oil and grease? terima kasih atas pengkongsian

    ReplyDelete
  2. penjelasan mudah, terutama utk org macam saya dari aliran perubatan sejak 20 tahun masuk ke aliran alam sekitar.

    ReplyDelete
  3. Boleh saya tahu kaedah ujian yang digunakan untuk bod?

    ReplyDelete